Okay , untuk citer hari ni , dapat ni dari hasil google . sila-sila baca :-
PANDUAN
PEMAKANAN IBU MENGANDUNG
Semasa mengandung,
anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih
penting ialah apa yang anda makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan
penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir
di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut
penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang
kepada pembentukan dan perkembangan bayi.
Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung
Pernahkah anda
terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa
anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu?
Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung,
faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:
·
Berat bayi : 2.5 - 3 kg
·
Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 - 3 kg
·
Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
·
Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 - 2kg
·
Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
·
Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
·
Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
·
Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg
Selain daripada
penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan
fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat
semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa
berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal
trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung
anak kembar.
Makanan semasa mengandung
Semasa mengandung, apa
sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda.
Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan
doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan
yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.
Sama ada anda mengandung
atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin,
mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem
piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu
yang sihat.
Penting bagi ibu
mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan
nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:
·
Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan
salad.
·
Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole
grain)
·
Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan
sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
·
Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt,
cheese.
·
Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran
kerana ia boleh mengelakkan sembelit.
Piramid Makanan
Minum banyak air dan
elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia
mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan
risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus)
Jika anda sukakan snek,
ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacob’s atau IKO), salad buah, yoghurt atau
sebarang makanan bernutrisi yang lain.
Perkara yang perlu diambil berat semasa membeli makanan
Makanan basah seperti
ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan
sayur-sayuran dan buah juga segar dan tidak mengandungi pestisid (kebiasaannya,
sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada pestisid). Bagi makanan yang
dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi
dan kalori makanan tersebut. Terdapat juga label makanan yang memberikan
cadangan hidangan yang bersesuaian bagi diet seharian. Apabila anda mengandung,
cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan
keperluan untuk penambahan kalori. Periksa label makanan sebelum membelinya
supaya makanan tersebut dapat dipastikan:
·
HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi
·
Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi
Perhatikan juga tarikh
lupus (expiry date) makanan dan pastikan pembungkus / tin makanan dalam keadaan
sempurna (tiada kebocoran, tercemar, kemek). Walau pun nampak remeh, tetapi ia
sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah lupus tarikhnya
boleh menyebabkan anda keracunan makanan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan
bayi anda.
Bagaimana anda tahu yang pemakanan anda sihat semasa mengandung
Kunci utamanya ialah
dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza
(seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi. Jangan risau
jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester
pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda
kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda
makan. Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga
bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat- biar sedikit tetapi
kerap. Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang
dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 – 2.5 kg pada trimester pertama
dan 0.25 - 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri
anda. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan
anda dan bayi sihat.
Sumber: comelnya.com







No comments:
Post a Comment