17/01/2013

Sakit ..

Selamat pagi ....

             Okay , sebenarnya entry kat atas tu bukan saya yang sakit . ayah mertua abang saya yang no 2 yang sakit . sebelum ni memang dia sakit dah , dia lumpuh sebelah badan sebab jatuh motor dari atas bukit dulu . kalau x silap saya hari ahad baru ni dia x sedarkan diri . citer dia camni . lepas dia sembahyang maghrib , dia makan nasik skali dengan wife dia . lepas tu masa wife dia tengah simpansimpan pinggan mangkuk semua , dia mengadu cakap pening . wife di pun cakapla , kejap sebab dia nak kemaskan dulu makanan tu . lepas tu wife dia toleh kat belakang tengok suami dia dah rebah pengsan kat lantai tu jugak . terus bawak g hospital gua musang malam tu jugak . n sampai hari ni masih belum sedarkan diri lagi dan masih lagi di wad ICU . kesian kat ayah dia sebab lama dah dia menanggung sakit lumpuh tu . doktor cakap darah dia tinggi sangat haritu , sampai dah pecah urat dia n darah dah mengalir masuk kat dalam kepala dia dh . harapan tu memang 50-50 dah sekarang . doktor ada bagitau nak buat operation nak tebuk kat leher , tapi berisiko jugak sama kalau x tebuk . sekarang ni dia cuma bergantung dengan mesin hayat jer . x sampai 2minggu doktor cakap dia akan mati kan mesin hayat tu . sebab x boleh bagi guna mesin hayat tu lamalama kesian kat patient . sedih sangat sebab mertua abang saya tu dia memang baik ngan family kitaorang . masa arwah aboh saya x de dulu , dia datang untuk buat majlis tahlil dan dia jugak yang sponsor semua . upah haji untuk arwah aboh saya pun dia buatkan masa dia pergi umrah baru-baru ni . petang ni saya nak balik rumah mertua n then petang esok sebelum balik rumah umi kitaorang nak singgah hospital kuala krai jap nak jenguk dia . dah ditransfer ke hosp.kuala krai sebab kritikal sangat keadaan dia . hopefully dia cepat sembuh dan sedarkan diri . KEAJAIBAN boleh berlaku dengan kuasa ALLAH s.w.t. Amin ....

16/01/2013

Mertuaku....

Salam sejahtera ...

Lama nye rase x update story right ? x tau nak update ape , nak citer ape , nak cakap ape . so diam jelah kan . hehehhe . okay , seriously sebenarnya dari minggu lepas lagi saya teringat sangat kat mak mertua saya . siyessss , rindu sesangat tau . sobs .:( sebab lama x balik rumah kan . so , decide untuk balik petang esokkkk . yeayyyyy . minggu depan pun dah decide untuk balik rumah mertua lagi . sebab balik esok tu kejap jer , jumaat petang dah balik rumah umi balik . tuntutan kerja membataskan segala tugastugasku !!!! kononnnn . x tau kan kenapa hati ni rindu kat semua adikberadik belah suami saya . rindu nak balik rumah mertua dengan suasana yang bising sangat sebab ramai kan . seronok sangat bila ingat masa raya tahun lepas . maklumla kan , adik beradik saya just 3 orang jer . saya jer yang bising . potpet potpet x berenti . dengan family belah suami saya jadi seorang yang pemalu , pendiam , cakap pun slow , jalan lagi la slow . ahahhahaha biasela kan . lamalama nanti mesti okay kan . dah okay kang saya ter"OVER" kang . hadoiiii .

ni la sebahagian dari adik beradik belah suami saya . ramai kan . ;)

07/01/2013

Musim Interview

Assalamualaikum,

Musim interview ?? saya kah ?? x de rezeki lagi untuk tahun baru ni . mintak-mintak ada la rezeki kan . insyaallah , amin . sebenarnya kat opis saya ni yang tengah musim interview . bos ada buat announce about sales marketing punye job . sebab tu la ada orang datang interview . hari ni ada 2orang yang datang dan selebihnya hari khamis ni lak . so kita wait n see jelah yang  macam mane kan . saya update benda cenggini ni sebab x tau nak update ape , tp still nak update jugak . ' XOXO ' jer kan . hehehe , to be continue .........

01/01/2013

Tahun Baru 2013

Selamat sejahtera semua ....

01.01.2013 . melangkah setapak dan berganjak umur setahun . dengan usaha dan berdoa , akan termakbul segala impian dan citacita untuk tahun 2013 . amin , semoga dipermudahkan . macam kekok jer nak tulis tarikh hari ni kan . tahun 2012 amat bermakna bagi saya sebab pada tahun itu lah saya telah sah di ijabkabulkan dengan pilihan hati saya dan jodoh dari ALLAH pada tanggal 02.06.2012 yang lalu . semoga pada tahun 2013 ni akan memberi seribu satu kemanisan untuk saya dan keluarga . Hopefully , insyaallah .....